CONTOH ANALISA PENCAPAIAN PEPERIKSAAN SPM 2008

PANITIA FIZIK

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA NIBONG TEBAL

SEBERANG PERAI SELATAN  

ANALISA PENCAPAIAN PEPERIKSAAN SPM

MATAPELAJARAN: FIZIK

TAHUN: 2008

                             

JADUAL PENCAPAIAN FIZIK SPM 2008

 

KEKUATAN:(Program yang telah dirancang dan dilaksanakan yang memberi kesan positif)

1)      Kelas bimbingan telah dijalankan untuk semua kelas.

2)      Kelas Bimbingan Pusat Urus Zakat (PUZ) Fizik telah dijalankan kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

3)      Ceramah Teknik Menjawab Kertas Fizik oleh guru dalaman iaitu Encik Yazee Adnan dan Pn Azlina Othman telah dijalankan pada             bulan Jun dan September

4)      Latih tubi sentiasa diberikan kepada pelajar berpandukan buku kerja yang telah diseragamkan beserta soalan –soalan Ramalan SPM.

5)      Latihan menjawab soalan-soalan percubaan SPM dari negeri-negeri lain beserta dengan skema jawapan.

6)      Pelajar-pelajar terlibat dengan kelas bimbingan berbayar yang disampaikan oleh En. Hudzairi ( setiap minggu) pada waktu malam.

7)      Kedua-dua guru fizik merupakan pemeriksa kertas SPM sebenar jadi segala teknik menjawab dapat disampaikan terus kepada pelajar.

8)      Pelajar-pelajar pada tahun ini terutamanya 5 Ihsan mempunyai semangat persaingan yang hebat dan ini merupakan tonggak kejayaan mereka.

 

KELEMAHAN:(Program yang kurang berkesan/tak dapat dilaksanakan/kekangan yang dihadapi)

 

1)      Sebilangan pelajar tidak hadir sepenuhnya kelas bimbingan Fizik menyebabkan pelajar-pelajar ini tidak dapat menguasai silibus Tingkatan Empat dengan baik.

2)      Sebilangan pelajar kurang memberi penekanan ulangkaji kepada soalan-soalan esei item terbuka dan hanya bergantung kepada jawapan guru untuk menjawab soalan-soalan latihan untuk bahagian ini.

3)      Sebahagian kecil pelajar mempunyai penguasaan matematik yang agak lemah menyebabkan pelajar ini bermasalah untuk menjawab soalan-soalan fizik yang melibatkan konsep matematik dan pengiraan.

4)      Masa yang terhad bagi guru untuk berbincang dengan pelajar soalan-soalan percubaan SPM dari negeri-negeri lain.

5)      Sebahagian pelajar tidak mempunyai kesungguhan belajar yang tinggi dan hanya mengharapkan guru semata-mata.

 

ULASAN UMUM:

Keputusan SPM 2008 merupakan keputusan yang terbaik jika dibandingkan dengan keputusan SPM bagi 3 tahun kebelakang ini. Keputusan ini menunjukkan peningkatan kualiti dari segi pencapaian A bagi subjek berkenaan. Secara umumnya semua pelajar lulus bagi subjek ini dan bermakna peratus kelulusan SPM bagi matapelajaran fizik ialah 100%

Jika dilihat dari segi bilangan pelajar yang mendapat 1A dan 2A iaitu seramai 11 orang dan masih terdapat seramai 2 orang pelajar mendapat 8E dan 15 pelajar mendapat 7D pada tahun ini. Ini menunjukkan masih terdapat 17 pelajar yang tidak mencapai target. Namun begitu pencapaian pelajar yang mencapai A adalah mengikut sasaran yang dijangkakan iaitu 15% daripda jumlah calon. Diharapkan SPM 2009 nanti akan membuahkan hasil yang lebih baik dan selari sepertimana yang disasarkan oleh panitia.

 

DISEDIAKAN OLEH

 

………………………………

( PN AZLINA BINTI OTHMAN)

KETUA PANITIA FIZIK

 

 

 

 

Rss Feed twitter facebook

Copyright © 2012 , All Rights Reserved

Designed by Electronic Cigarette Reviews, & Download Free Wp Themes, Free wordpress themes, Free wp themes

Penafian: wwww.cikgufizik.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yg disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yg diperolehi daripada blog ini.